#KARMA ~ Norish Karman Tabah Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal
NAMA Norish Karman dikenali ramai oleh kerana sering membawakan watak antagonis dengan jayanya, namun kini namanya seakan-akan ‘hilang’ daripada radar dunia lakonan tanah air.
Mungkin Norish tidak lagi kelihatan dalam drama-drama Melayu, tetapi pelakon drama Spa Q ini masih aktif di kaca televisyen sebagai penyampai berita di saluran Bernama News Channel.
Sejak bergelar ibu tunggal, Norish terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada empat orang anaknya yang semakin dewasa.
Namun, pelakon berusia 43 tahun ini masih tabah dalam membesarkan anak-anaknya dengan kudratnya sendiri.
Selepas beberapa tahun ‘menghilangkan diri’ daripada industri hiburan, muncul pula spekulasi yang mengatakan pelakon ini tidak lagi mendapat tempat dalam industri.
Namun, gosip itu ternyata salah sama sekali kerana Norish pernah ditawarkan berlakon dalam drama 40 episod baru-baru ini, tapi terpaksa ditolak disebabkan komitmennya sebagai pembaca berita.
“Saya menolak (tawaran berlakon). Baru-baru ini menolak 40 episod sebab jadual bertembung dengan jadual saya baca berita di TV.
“Kadang ramai pelakon yang datang lambat atau ada yang tak boleh hadir. Jadi faktor-faktor itu kadang tidak izinkan saya untuk berlakon jika ia tidak ada disiplin dengan jadual,” katanya dipetik BERITA Mediacorp.
Namun, Norish tidak menolak kemungkinan akan kembali semula ke lapangan seni satu hari nanti.
Dalam pada itu, Norish mengakui mengalami masalah kewangan sejak bergelar ibu tunggal dan berkongsi tentang perkembangannya itu di media sosial.
“Saya ‘breadwinner’ (pencari nafkah) untuk anak-anak.
Tiada bantuan kewangan sehebat yang digembar-gemburkan di Internet tentang saya dapat beribu-ribu sebulan sebagai nafkah anak-anak, mahupun kereta-kereta dengan segala kemewahan kerana bekas suami saya sedang melalui dugaan Allah SWT yang secara terang terkena tempias pada anak-anak dan diri saya,” ujarnya.
Meskipun mengakui dia perlu menguruskan kebajikan anak-anaknya itu tanpa pembantu, Norish bagaimanapun tidak menyalahkan bekas suaminya, malah hubungan mereka masih baik walaupun sudah bercerai sejak tahun 2009.
“Saya faham dan saya redha membantu menjaga membesarkan anak-anak walau dalam keadaan seperit ini kerana saya faham akan situasi bekas suami yang mesti kami beri sokongan moral agar boleh bangkit semula setelah bisnes beliau kembali pulih.
“Kerana mereka juga saya masih tersenyum menghadapi segala dugaan Allah SWT. Ertinya, Allah amat sayangkan saya dan mau lebih baik dari saya sebelum Allah beri lebih baik untuk saya dan anak-anak saya,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai persepsi negatif yang dilemparkan netizen berkaitan kapsyen jujurnya yang mengalami masalah kewangan, pelakon ini menjelaskan ini adalah realiti dirinya walaupun digelar ‘public figure‘, kehidupannya masih dikelilingi dengan masalah dan kisah duka kehidupan.
Sementara itu, Norish menyatakan dia turut membuat perniagaan sampingan seperti penghantaran makanan sekiranya ada tempahan yang diterima melalui Instagramnya dan menyediakan servis memasak yang didorong minatnya yang memang suka memasak.
Kami doakan semoga Norish tabah dalam menghadapi dugaan menjadi ibu tunggal ini. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
from CARIAN PANAS http://ift.tt/2kVO71F
0 Response to "#KARMA ~ Norish Karman Tabah Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal"
Post a Comment