#GOSIP PANAS ~ “Doa Yang Baik, Kalau Ada Jodoh Apa Salahnya” – Fazura


NAMPAKNYA demam Fattzura masih belum reda lagi dalam kalangan peminat drama Hero Seorang Cinderella (HSC)

Hubungan rapat yang terjalin sejak tujuh bulan lalu membuatkan ramai peminat berteka-teki mengenai status hubungan kedua-duanya.

 Terbaharu, ada khabar angin mengatakan yang Fattah dan Fazura bakal melangsungkan majlis pertunangan mereka pada 13 November ni!

Betul ke ni nak bertunang dah?

 Bagi pelakon cantik Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura, dia langsung tidak menolak jika sudah tertulis bahawa jodohnya memang untuk bersama dengan Fattah.


Doa yang diberikan oleh peminat sangat diharapkan oleh pelakon dan penyanyi berusia 34 tahun itu kerana apa yang terjadi itu langsung tidak memerikan tekanan kepada dirinya.

 “Saya okey sahaja dengan kata-kata peminat. Itu adalah satu doa yang baik, bukannya sesuatu yang buruk. 

Jadi tidak salah saya menerima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh, apa salahnya. 

 “Keberkesanan gandingan kami berdua dalam HSC adalah disebabkan keserasian yang wujud antara kami. Sebab itu peminat suka kami disatukan lagi.

 “Jika saya digandingkan dengan hero lain seperti Remy Ishak dan gandingan itu juga menjadi, mungkin peminat juga akan bercakap perkara sama,” katanya dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.

 Tambah Fazura, pada masa ni dia lebih memilih untuk terus fokus dalam kerjayanya terlebih dahulu.

 Lebih-lebih lagi, pelakon kelahiran negeri Pahang itu telah melancarkan album sulungnya.

 Mudah cerita, dia tidak mahu mengulas secara lanjut mengenai hubungan rapatnya bersama dengan penyanyi lagu Wanita Terakhir itu.


“Jujurnya, jadual kerja saya memang padat dan belum ada masa untuk berfikir tentang soal teman lelaki atau perkara yang lebih serius tentang hubungan cinta,” ujarnya lagi.

 Bagaimanapun, pihak Astro Gempak telah menemui kedua dua pelakon dan penyanyi itu ketika majlis pra-tonton supertelefilem Wanita Terindah yang telah ditayangkan bermula malam tadi menerusi siaran Astro Eksklusif.

 Namun Fattah hanya mengambil langkah selamat dengan tidak mengiyakan dan pada masa yang sama tidak pula menidakkan mengenai berita khabar angin itu. 

“Apa yang boleh saya katakan, selagi tidak keluar apa-apa daripada mulut kami berdua, doakan yang baik-baik sahaja. 

 “Lagipun, saya suka buat kejutan. Sebelum ini saya beri bunga kepada Fazura pun semua orang tidak tahu.

 “Saya tidak mahu mengulas, mungkin bukan 13 November kami bertunang, mana tahu esok? 

Kita hanya mampu rancang, Allah yang menentukan,” kata pelakon berusia 27 tahun itu.


Hero dan heroin drama bersiri HSC itu mengakui bahawa mereka agak terkejut dengan khabar angin itu dan menganggap ia sebagai gimik bagi supertelefilem terbaharu lakonan mereka.

 “Buat masa ini kami sibuk bekerja seperti biasa. 

 “Jika ada berita baik, saya tidak akan mengenepikan wartawan yang sentiasa menyokong kerjaya saya.

 “Soal jodoh saya tidak berani hendak mengulas, apa-apa pun doakan yang baik-baik,” kata Fazura.

 Kalau dah betul ada jodoh, apa salahnya kan.

Ramai yang suka bila tengok Fazura dan Fattah ni.

Bila dah ramai yang mendoakan, pasti satu hari nanti ianya akan dimakbulkan. – MYENWSHUB .CC / AH



from CARIAN PANAS http://ift.tt/2zqXHQz

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

0 Response to "#GOSIP PANAS ~ “Doa Yang Baik, Kalau Ada Jodoh Apa Salahnya” – Fazura"

Post a Comment