#WOW ~ Kembali langsing, peminat puji Nora Danish

Nora Danish dan Nedim. - Foto Instagram Nora Danish dan Boss Ned 

 PELAKON cantik, Nora Danish mencuri perhatian peminat dan pengikut di laman sosial suaminya, Nedim Nazri.

 Ini berikutan gambar terbaru Nora yang sudah kembali langsing, selepas sebulan melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim.


Nedim, 35, memuat naik gambar tersebut kira-kira jam 1 petang dengan kapsyen Last night with the love of my life at Suren's birthday celebration, diikuti tanda pagar #NNisteriKuCintaHatiKu.

 Rata-rata peminat memuji penampilan terbaru Nora dan terkesima apabila pelakon berusia 36 tahun itu berjaya menurunkan berat badan dengan cepat biarpun bersalin menerusi pembedahan.

 Namun tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan tindakan Nora tidak menuruti tempoh berpantang 44 hari dan keluar pada waktu malam.


from CARIAN PANAS https://ift.tt/2GzI10E

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Related Posts :

0 Response to "#WOW ~ Kembali langsing, peminat puji Nora Danish"

Post a Comment