#GOSIP PANAS ~ Fasha Sandha dan Aidil Aziz sudah berjumpa keluarga masing-masing

Fasha Sandha. 

Pelakon Fasha Sandha memberitahu dia dan Aidil Aziz sudah berjumpa serta mengenali keluarga masing-masing selepas mereka mula rapat sejak awal tahun.

 Namun bagaimanapun, Fasha, 34, menegaskan hubungan mereka masih dalam fasa berkawan dan enggan terlalu bercakap mengenainya kepada umum.

 “Buat masa sekarang saya dan dia berkawan sahaja seperti yang pernah ditegaskan dahulu. Cuma untuk masa akan datang, kita pun tidak tahu apa akan berlaku kepada hubungan ini. 
 “Sebab itu saya enggan bercakap lanjut mengenainya. Apa yang saya boleh katakan, kehidupan saya yang bahagia kini lebih ceria dengan kehadiran dia,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalannya sebagai duta ubat gigi keluaran Aura White di Meet & Dine, Batu 9 Cheras, di sini. 

 Bagaimanapun Fasha enggan memberi komen tentang kesediaannya untuk membawa hubungan itu ke arah yang lebih serius.

 Pada Jun lalu, hubungan mesra mereka mula diperkatakan peminat selepas tersebarnya sebuah video berpelukan antara Fasha dan Aidil di sebuah lapangan terbang.

 Kedua-duanya mula mereka rapat sejak terlibat dalam sitkom Mamu Mami Gosip pada awal tahun ini. - K! ONLINE


from CARIAN PANAS https://ift.tt/2OmQrsr

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

0 Response to "#GOSIP PANAS ~ Fasha Sandha dan Aidil Aziz sudah berjumpa keluarga masing-masing"

Post a Comment