#KEPENATAN ~ Baby Shima rebah selepas buat persembahan di pentas Big Stage


KONSERT Big Stage minggu kedua kecoh seketika malam tadi apabila salah seorang pesertanya, Baby Shima pengsan di pentas, sebaik sahaja selesai membuat persembahan.

 Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 25, yang menyampaikan lagu Ku Tak Akan Bersuara itu tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sehinggakan seluruh penonton di Auditorium MBSA, Shah Alam terkejut dan terpinga-pinga.

 Pada mulanya ramai yang menyangkakan ia hanyalah gimik persembahan, namun pasangan pengacara Alif Satar dan Sherry Al Hadad mengesahkan ia adalah kejadian yang benar berlaku.

Baby Shima 

 Malah siaran langsung konsert terpaksa dihentikan seketika dengan memberi laluan kepada iklan kerana insiden tersebut.

 Bagaimanapun beberapa minit kemudian, Baby Shima dimaklumkan sudah sedar dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku kerana penyanyi ini kepenatan kerana baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Indonesia.

 Persembahan pada minggu kedua ini menyaksikan Baby Shima berada di tangga keempat dengan 77.6% markah.

 Sementara itu, Farah Hazel diumumkan sebagai peserta pertama yang meninggalkan pentas Big Stage apabila mendapat markah paling rendah dengan markah 53.3% markah.

Manakala Sissy Iman pula terus mengungguli carta teratas dengan pungutan markah tertinggi, 80%.

credit


from CARIAN PANAS https://ift.tt/2ODOpEK

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

0 Response to "#KEPENATAN ~ Baby Shima rebah selepas buat persembahan di pentas Big Stage"

Post a Comment