#REZEKI ~ 'Selepas keluar penjara, ingatkan tak dapat tawaran, rupa-rupanya...' -Tony Eusoff

Tony dikenakan penjara lapan bulan dan dibebaskan pada 1 Oktober 2016 selepas menjalani hukuman hanya lima bulan 10 hari. Foto @tonyeusoff 

PELAKON Tony Eusoff sama sekali tidak menyangka kerjaya seninya masih belum berakhir biar pun terhimpit dengan kontroversi dipenjarakan akibat memiliki dadah.

 Kata Tony, 40, dia pasrah sekiranya stesen televisyen atau syarikat produksi tidak memanggilnya untuk berlakon lagi selepas kes terbabit.

 "Saya ingat tak akan ada lagi mana-mana stesen televisyen atau syarikat produksi yang akan panggil saya lagi selepas ini. 
 "Mungkin kerjaya saya sudah pun terkubur.

"Saya akui itu salah saya dan akibatnya perlu sendiri tanggung! 
 "Tetapi selepas keluar penjara saya terkejut apabila tawaran yang datang lebih banyak berbanding sebelum ini," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran drama online Projek Dapat Baby dan Najwa Medispa di Bangi, Selangor baru-baru ini. 

 Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman telah dihadapkan ke mahkamah pada Mac 2016 dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah di Singapura.

 Pelakon filem Susuk itu dipercayai memiliki satu paket mengandungi tidak kurang daripada 4.56 gram bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.

 Tony yang dikenakan penjara lapan bulan dan dibebaskan pada 1 Oktober 2016 selepas menjalani hukuman hanya lima bulan 10 hari. Pembebasan lebih awal itu diberikan kerana berkelakuan baik.-Awani


from CARIAN PANAS https://ift.tt/2M9A2a6

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

0 Response to "#REZEKI ~ 'Selepas keluar penjara, ingatkan tak dapat tawaran, rupa-rupanya...' -Tony Eusoff"

Post a Comment