#HOT ~ Datuk Seri Aliff Syukri Dan Isteri Enggan Komen Berkaitan Dakwaan Fail Cerai
DAKWAAN FAIL CERAI - DATIN SHAHIDA, ALIFF SYUKRI ENGGAN KOMEN
"Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya," kata isteri usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ringkas yang enggan memberikan komen terhadap dakwaan dia sudah memfailkan perceraian di mahkamah.
Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Shahida hanya menjawab 'ya' menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, Aliff ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai perkara itu:
"No komen," tuturnya.
Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayangi.
from CARIAN PANAS https://ift.tt/2WrxzQA
0 Response to "#HOT ~ Datuk Seri Aliff Syukri Dan Isteri Enggan Komen Berkaitan Dakwaan Fail Cerai"
Post a Comment