BOCAH ANGON (BUDAK PENGGEMBALA)( APAKAH DIA BAKAL IMAM MAHDI 3?

BOCAH ANGON (BUDAK PENGGEMBALA)..Adakah ia ada kaitan dengan Muhamad Yang Saya ketengahkan? Saya telah menerbitkan 2 post tentang Muhamad dari Indonesia. Siapa Muhamad itu? Mudah sahaja jawapan saya, dia seorang pemuda dalam lingkungan umur 35T. Tubuhnya ganteng (segak), berkulit sawo matang, pahanya melebar akibat kecacatan, di pipi kanannya ada tahi lalat. Dan suaranya gagap. Itu semua bukan perhitungan saya kalau bukan kerana mimpinya berjumpa Rasulullah SAW pada usia 13T. Kemudian dia juga bermimpi dipakaikan jubah dan serban biru oleh bapa Syeikh Abdul Kadir Jailani. Itu bukan sebarang mimpi. Mimpi itu hanya milik manusia yang hebat. Dan dalam mimpi yang lain, ada juga dia bermimpi mengendong Kyai Ali Mas’ud. Kemudian dia juga ada bermimpi melihat Kyai Ali Mas’ud meludah ke sungai menjadi buaya. Banyak lagi mimpi-mimpi lainnya kepada saya. Terbaru, dia bermimpi bahawa dia dan ahli keluarganya berada di Mekah. Dan dia minta ahli keluarganya jangan cakap sebarangan di sana. Dia juga bermimpi bahawa di kebun dekat rumah saya terdapat banyak bangkai anjing dan babi. Saya jelaskan tafsir mimpi itu kepadanya bahawa di sekeliling saya ini, terdapat ramai manusia yang tamak (rakus) seperti perangai babi dan ramai juga mereka yang lagha (suka hiburan & pangkat darjat) seperti perangai anjing. Tetapi semuanya sudah saya tewaskan. Saya mempunyai sebuah doa yang khusus untuk melawan mereka yang cuba menzalimi saya dan memusuhi saya. Percayalah, kuasa Tuhan mengatasi segalanya.   Mari kita teruskan dengan kisah bocah angon dan Imam Mahdi ini. Dalam memahami Imam Mahdi Al-Muntazar (IMAM), orang Indonesia juga memiliki kitab tradisional mereka. Di antaranya, Uga Wangsit Siliwangi dari Sunda. Kemudian ada juga kitab-kitab lain seperti Ronggowarsito dan Joyoboyo, kepunyaan orang-orang Jawa. Mari kita lihat catatan tentang IMAM dalam Uga Wangsit Siliwangi (Pesanan Untuk Masa Depan). Saya telah menceduk sebahagian isinya dari sebuah blog Indonesia, karangan Taufik Suhendar (selepas ini, dipanggil Taufik). Saya juga terpaksa menjelajah ke beberapa buah blog lain tentang Uga Wangsit. Satu daripadanya karangan Yosi Sumatri (dipanggil Yosi) & seorang Hamba Allah yang lain (dipanggil HA).  Tujuan penjelajahan saya ialah untuk memahami makna Uga Wangsit Siliwangi itu sendiri. Saya minta maaf untuk mengatakan tidak tahu. Sebabnya, saya orang Malaysia, dari Negeri Kelantan Darulnaim. Bila Muhamad memberitahu saya bahawa ertinya Pesanan untuk Masa Depan, barulah kefahaman saya terbuka sedikit. Maafkan saya, wahai saudara-saudara saya dari Jawa. Saya benar-benar tidak tahu. Kemudian saya cuba menyelidiki siapa itu Prabu Siliwangi. Terus  terang cakap, saya hanya akan mengupas Uga Wangsit itu jika Prabu Siliwangsi itu seorang muslim. Alhamdulillah, ternyata dia seorang muslim. Dari catatan Yosi, Prabu Siliwangi itu asalnya seorang raja Hindu di kawasan Panjajaran. Kemudian baginda memeluk Islam dan mendalami ilmu agama dengan mempelajarinya dari dua orang ulamak terkenal di zamannya. Kedua-duanya menjadi guru spiritualnya. Mereka ialah [1]. Syeikh Quro Karawang ( Syekh Hasanuddin bin Yusuf bani Al-Husain cucu Nabi Saw. ) dan [2]. Syekh Datuk Kahfi Cirebon yang juga dari bani Al-Husain cucu Nabi Saw. Bahkan Prabu Siliwangi itu sendiri dianggap sebagai waliyullah. Maka dengan demikian, saya berani memberi kerjasama saya dalam memahami Uga Wangsitnya dan kemudian memberi pencerahan sekadar yang mampu. Prabu Siliwangi itu sendiri hidup sezaman dengan Kerajaan Majapahit. Maka dengan itu, ia sezaman juga dengan Kerajaan Melayu Melaka 1511M. Bahkan tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa kisah Prabu Siliwangi itu hampir sama dengan kisah Parameswara yang datang dari Palembang, kemudian pergi ke Temasek (Singapura sekarang) dan akhir sekali ke Melaka. Panjang kisahnya. Kalau diringkaskan, maka Parameswara itu akhirnya memeluk Islam dengan pimpinan saudagar dari Hadramaut dan menukar namanya menjadi Sultan Muhamad Syah. Cuma bezanya, Prabu Siliwangi itu mempelajari agama Islam sedalam-dalamnya dan akhirnya Tuhan mengangkat darjatnya menjadi wali. Sedangkan Parameswara itu kekal sebagai raja dan melahirkan empayar kesultanan Melayu yang kuat selepas itu. Saya telah membaca 9 perkara yang disebut oleh Prabu Siliwangi dan amat memahami tentang kenyataannya yang menyebut Bocah Angon (budak gembala) itu akan keluar sebagai Ratu Adil (maksudnya Imam Mahdi). Saya akan memulai penceritaan saya ini dengan memberi kepala tajuknya sahaja kepada anda. Mari kita perhatikan. 1. Suara minta tolong. 2. Mencari sambil melawan, melawan sambil tertawa. 3. Dia gembalakan ranting daun kering dan sisa potongan pohon. 4. Rumahnya di ujung sungai yang pintunya setinggi batu. 5. Tertutupi pohon handeuleum dan hanjuang. 6. Pergi bersama pemuda berjanggut. 7. Pergi membuka lahan baru di Lebak Cawéné! 8. Gagak berkoar di dahan mati. 9. Ratu Adil sejati. Saya telah membaca huraian dari ketiga-tiga penulis di atas. Sebahagian besarnya sama meskipun ada tempat-tempatnya kelihatan berbeza. Saya menghargai persamaan antara mereka. Dan saya juga menghargai setiap perbezaan yang wujud di antara mereka. Bila saya padankan huraian mereka dengan kisah Muhamad (yang saya simpan dalam fail khusus), ternyata perkara nombor (1 – 6) telah terjadi kepadanya. Meski pun perkara (6), PERGI BERSAMA PEMUDA BERJANGGUT belum terjadi lagi, tetapi saya faham maksudnya dan bentok kejadian akan datang. Tak percaya? Anda tentu tak percaya kepada saya. Saya faham. Saya akan buktikan kepada anda dengan bukti-bukti yang keluar dari mulut Muhamad itu sendiri. Setiap kali saya membaca huraian yang dibuat oleh Taufik, Yosi dan seorang lagi, saya segera tersenyum dan menjerit Ya Allah. Dalam hati saya, bergema jeritan Allah Akbar. Satu demi satu, bukti menjelma di depan mata. Selepas ini, saya akan menulis kisah BOCAH ANGON secara bersiri, menurut kepala tajuk masing-masing. Siri (1) akan bermula dengan kisah SUARA MINTA TOLONG. Dan begitulah seterusnya. Insyaallah. Saya akan sertakan dengan petikan kata-kata dari Muhamad sendiri, supaya anda tahu saya tidak berbohong sama-sekali. Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku menegakkan kebenaran. DI RUMAH. 23-5-2013. 6.35 PM

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

0 Response to "BOCAH ANGON (BUDAK PENGGEMBALA)( APAKAH DIA BAKAL IMAM MAHDI 3?"

Post a Comment