MISTERI MASA & HARI KELAHIRANNYA (2)ADAKAH MUHAMMAD INI MAHDI AKHIR JAMAN?

MISTERI MASA & HARI KELAHIRANNYA (2) Adakah Muhamad ini Al-Mahdi Akhir Zaman?    Sebelum saya memulakan siri (2) ini, sukacita saya katakan kepada anda bahawa misteri Imam Mahdi ini adalah misteri yang paling rumit. Terus-terang cakap, saya tidak tahu siapakah sosok sebenar Al-Mahdi yang bakal muncul itu. “Muhamad” yang saya ketengahkan ini adalah anggapan awal dari firasat batin saya,  sejalan dengan penemuan sifat-sifat fizikal yang saya temui padanya. Semoga saya salah mengartikan, mudah-mudahan persoalan ini tidak terkena kepada saya. Semoga Tuhan mengampuni saya di dalam perjalanan saya mencari Imam Mahdi. Saya telah mencari sejak berpuluh-puluh tahun lampau. Sekarang umur saya sudah 52 tahun dan rambut saya sudah beruban.  Muhamad telah memberitahu kepada saya bahawa dia tidak mahu ditempelkan gelaran Al-Mahdi. Saya ualangi balik kata-katanya dalam post yang lepas. “Jangan menyematkan gelaran (maksudnya Al-Mahdi) disisi Alloh kepada diri sendiri atau kepada orang lain , karena jikalau tidak benar adanya akan seperti ingin menjatuhkan gunung yang sangat tinggi diatas kepala sendiri atau orang lain”. Kata-kata itu seakan mengena kepada diri saya sendiri. Tetapi saya ingin memberitahunya satu perkara yang mungkin dia tidak tahu. Al-Mahdi akan dimunculkan Tuhan pada saat ramai manusia melupakannya. Jadi maksudnya, pencinta-pencinta Imam Mahdi itu sebenarnya tidak ramai. Mungkin sekitar 5% sahaja. Nun di luar sana, terdapat 95% umat manusia tidak tahu apa-apa pun tentang Al-Mahdi. Sebab itu, kisah Al-Mahdi itu mesti selalu dipanaskan. Biar orang tahu dan sedar. Siapa Al-Mahdi itu? Apa ciri-cirinya? Berasal dari mana? Keturunan siapa? Dan sebagainya. Paling penting, apa tugasnya di akhir zaman? Akhlak Al-Mahdi itu lebih kurang seperti datuknya juga, Muhamad  SAW. Suka merendah diri (tawadhuk) & gemar menutupi diri (menjadi “low profile” person). Tetapi Tuhan Maha Kaya, semakin manusia itu merendah diri, maka semakin tinggi darjatnya diangkat Tuhan.    BEBERAPA SIFAT FIZIKAL Saya nak mulakan post hari ini dengan beberapa sifat fizikal padanya. Semua sifat-sifat itu terkandung di dalam hadis atau di dalam nas-nas yang dinukil oleh ulamak-ulamak terdahulu. Kemudian saya akan memberi bukti dari mulutnya sendiri. Silakan anda baca seterusnya. RAMBUT MERAH & TANDA PADA PAHA. Semasa saya menulis post terdahulu, MANUSKRIP TEMBAGA (29B) Rujukan Kepada Nas Aramiah, ada disebutkan tentang perkara tersebut. Silakan anda membaca. Di bawah ini saya copypastekan untuk anda. “Bentok lelaki pada masa hadapan itu diberitakan  mempunyai rambut yang berwarna merah dan satu tanda pada pahanya ….”.  Sebulan selepas itu, saya berkenalan dengan Muhamad. Saya tak segan bertanya kepadanya. Ini jawapannya. Ujarnya, “waktu kecil memang (rambut saya) merah, kira2 waktu mimpi itu (sekitar umur 13T), sekarang tidak, malah ada uban, kalau paha tidak ada tanda penting, cuma sampai sekarang memang saya dibilang jalan kyk habis sunat. Hehehe” Ujarnya lagi menceritakan tentang rambutnya yang merah, kami keturunan Arab memang berambut merah. “kampung XXXXX itu kampung arab bah. kayak orang2 arab yaman”. Mari kita lihat hadis Nabi yang menceritakan tentang paha Al-Mahdi itu. Baginda SAW bersabda, “kedua paha Mahdi melebar dan saling berjauhan” (Hadis 59, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 67) KEGAGAPAN BELIAU Tentang kegagapan ini, ada hadis Nabi SAW yang berbunyi,  “Jika Al-Mahdi merasa sukar berbicara, maka dia menepuk pahanya yang kiri dengan tangan kanannya” (Hadis 54, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 62) Mari kita dengarkan kata-kata Muhamad.. Ia keluar dari mulutnya sendiri. Saya copypastekan untuk anda. Ujarnya “waktu masih kecil ,ya karena saya gagap itu saya malu kalau diejek, saat saya berjalan kaki sejauh kira2 7km berangkat mengaji pada suatu malam, saya berdoa untuk dijadikan wali”. Kemudian dia menceritakan tentang dirinya pada waktu sekarang (pada umur 35T) ini, “bagaimana sih orang gagap baca al qur'an. terbayangkah oleh abah? Hehehe” TAHI LALAT DI PIPI KANANNYA. Dia telah mengirim gambarnya pada saya. Dan saya memang melihat dengan mata saya sendiri bahawa dia memang mempunyai tahi lalat di pipi kanannya.  BERDAHI LUAS Dari gambarnya, rambutnya masih tebal. Bentok rambutnya  bukan lurus atau kerinting, tetapi seakan-akan ikal mayang. Dahinya agak besar. Kalau di Kelantan, dipanggil dahi luas yang menandakan akalnya cerdik. KULIT SAWO MATANG Ayahnya orang Nusantara. Ibunya juga. Cuma bezanya, ibunya itu dari keturunan Arab Yaman dari sebelah kakek buyutnya. Kulitnya (seperti yang saya lihat) memang coklat atau sawo matang. MENGIKUT KALENDAR HIJRAH Sekarang mari kita lihat tarikh lahirnya menurut tahun Hijrah. Bila saya menggunakan mesin penukar tarikh (date converter) dari Masehi kepada Hijrah atau sebaliknya, saya dapati tarikh Muhamad dilahirkan (25-3-1978) adalah bersamaan dengan 15 Rabiul Akhir 1398H. Rabiul Akhir dipanggil juga Rabiul Thani (Musim Bunga yang kedua). Macam ada satu gandingan antara 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (Hari Keputeraan Rasul SAW) dan 15 Rabiul Akhir 1398H (Hari kelahiran Muhamad) yang sedang dibincangkan ini. Bulan Rabiul Awal dipanggil musim bunga yang pertama, manakala bulan Rabiul Akhir pula dipanggil musim bunga yang kedua. Yang pertama diikuti oleh yang kedua. Atau yang kedua mengikuti yang pertama. HARI SABTU Hari kelahirannya pula jatoh pada hari Sabtu. Demikianlah data yang saya perolehi dari mesin penukar tarikh. MASA KELAHIRAN Masa kelahirannya pula ialah menjelang dinihari sebelum Subuh. Ibu saya pun pernah memberitahu saya bahawa hari saya dilahirkan juga pada hari Sabtu dan masanya juga menjelang Subuh. Menurut setengah kitab tua, orang yang dilahirkan pada waktu tersebut biasanya kuat berdoa (bertaqqarub) kepada Tuhan. Saya no komen. Betul kot. JAWAPAN ISTERI SAYA Jawapan isteri saya kepada orang-orang yang sering bertanyakan perihal pribadi saya mudah sahaja. “Saya kenal dia waktu mudanya kuat berzikir. Dia ada banyak buah tasbih”. Demikian jawapan isteri saya. Kemudian inilah kisah tentang kelahiran Muhamad yang kita bincangkan itu. Berikut ialah kata-kata Muhamad tentang saat kelahirannya. “saya mau cerita kalo cuma sama abah dan orang di sekitar abah, mulai dari kelahiran saya pada dini hari selepas gerhana bulan total di tahun 1978, sampai saya sekarang di banten, dan berikut pemahaman yang diberikan Alloh kepada saya. karena hanya wali Alloh yang akan bisa sedikit banyak mengerti, ,akan menjadi mudharat bagi orang yang tidak mengerti karena sedikit banyak mereka akan sempat mencibir, kasihan. tidak ada maksud untuk merendahkan, karena kita semua sebenarnya saudara. dan kalaupun ada pemahaman2 lagi yang saya terima, saya bersedia membicarakan dengan abah.” GERHANA MATAHARI/BULAN DAN ALAMATNYA Kemudian ujar Muhamad, dia dilahirkan pada waktu gerhana bulan penuh. Anda tentu sudah memahami dari coretan Muhamad di atas. Dari sebuah kitab tua yang ada di dalam simpanan saya, maka tanda dari kelahiran sewaktu gerhana matahari atau bulan penuh adalah seperti berikut. “Para pembesar susah, rakyat kecil sakit”. Saya tidak faham sangat maksudnya. Tetapi saya rasa saya tidak mau mempercayainya. Sebab dalam Islam, gerhana bulan atau matahari tidak membawa maksud apa-apa. Tetapi kalau pun ada pengertian-pengertian lain yang sesuai, mungkin boleh diertikan sebagai huru-hara atau kacau-bilau. Boleh jadi juga maksudnya bahawa dunia ini berada dalam keadaan “tidak stabil”. Wallahu ahlam. SIFAT PENDIAM MUHAMAD Muhamad ini seorang pendiam. Itu yang saya tahu darinya. Dia hanya mesra kepada orang yang dia percayai. Saya jadi abahnya, tempat dia menumpahkan segala rasa & rahsianya. Ujarnya, “jadi prinsip saya, saya sangat berusaha mengerem (merahsiakan) perkataan saya. karena yang benar hanya milik Alloh, dan hanya kehendak Alloh pasti terjadi. cukup berserah diri saya menjalani hidup”. Tambahnya lagi, “Tolong abah tidak bercerita kepada yang belum menyerahkan diri kepada Alloh”. MAAFKAN SAYA Saya sudah berjanji kepada Muhamad bahawa saya akan merahsiakan dirinya sebagaimana saya merahsiakan diri saya. Saya akan sembunyikan dirinya sebagaimana saya menyembunyikan segala identity diri saya. Cukuplah anda tahu semuanya dari saya. Kalau saya benar di sisi Allah bahawa dia itu sosok Imam Mahdi, maka anda tentu sangat gembira dengan khabar ini. Mudah-mudahan kita dapat bersamanya, membantunya dan meninggikan cita-cita suci membina Daulah Islamiyah. Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami.   WAKTU SUBUH. 22-5-2013. 

http://banggolpetaicom.blogspot.co.id/2013/05/misteri-masa-hari-kelahirannya-2-adakah.html

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

0 Response to "MISTERI MASA & HARI KELAHIRANNYA (2)ADAKAH MUHAMMAD INI MAHDI AKHIR JAMAN?"

Post a Comment