ADAKAH MUHAMAD INI BAKAL IMAM MAHDI? (1)
ADAKAH MUHAMAD INI BAKAL IMAM MAHDI? (1) Mengupas tarikh kelahirannya.
Muhamad yang saya maksudkan ini dilahirkan pada 25-3-1978. Beliau orang biasa, dari kampong biasa dan dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Ayah & ibunya telah meninggal dunia. Ayahnya dahulu seorang pegawai kerajaan. Ibunya pula seorang surirumah sepenuh masa.
Muhamad ini enam beradek. Seorang daripadanya telah meninggal. Dia anak yang kelima. Pada saya, dia hanya manusia biasa. Tidak ada apa-apa keistimewaannya. Kakek buyut (moyang)nya dari sebelah ibunya berasal dari Arab Yaman. Entah dia ahlul bait atau tidak, saya pun tak pasti. Dia pun tak mengabarkannya.
DIA HANYA MANUSIA BIASA
Dia pun tak mempunyai apa-apa gelaran di depan namanya. Tak ada sebutan habib, syeikh, sayyid atau lainnya. Namanya bermula dengan Muhamad. Itu sahaja.
Kenapa saya menganggap dia bakal Imam Mahdi? Semuanya berdasarkan kepada 2 mimpinya yang hebat. Saya tak mahu mengulangi balik. Silakan anda membaca post saya yang terdahulu, YA ALLAH YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU (1) Syukur kepadaMu dan DILAHIRKAN DI KAKI LEMBU (29A) Terjumpanya sebutan yang sama.
Ini hanya pandangan batin saya. Saya sama sekali tak memaksa anda. Kalau anda nak percaya, silakan percaya. Kalau anda tak nak percaya, terpulanglah.
Saya cuma membuat anggapan awal. Boleh jadi dia atau boleh juga orang lain. Saya cuma berani mengatakan dan yakin seyakin-yakinnya bahawa dia itu Al-Mahdi bila dia dibaaih di Mekah nanti. Sebelum itu, saya hanya berani membuat anggapan awal sahaja.
SELAMA INTERAKSI KAMI
Selama interaksi kami, memang banyak persamaan sifat-sifat fizikal yang saya temui padanya. Tetapi saya akan nyatakan kemudian, dalam siri-siri akan datang. Insyaallah.
Tetapi dia selalu menolak. Dia tak mahu menerima penyematan nama Al-Mahdi padanya kerana khuatir tak dapat memikul amanah dan tanggungjawab dari Allah SWT. Tugasan akhir zaman itu sangat berat dan rumit. Hanya pertolongan Allah yang dapat melicinkan segalanya.
Berikut ini katanya, “Jangan menyematkan gelaran (maksudnya Al-Mahdi) disisi Alloh kepada diri sendiri atau kepada orang lain , karena jikalau tidak benar adanya akan seperti ingin menjatuhkan gunung yang sangat tinggi diatas kepala sendiri atau orang lain”.
Saya faham maksud kata-katanya. Dia tidak mahu gelaran ini dipikulkan kepadanya. Atau dia merasa tidak layak dengan tugas yang sangat besar ini. Wallahu ahlam.
BANYAK PERSAMAAN FIZIKAL
Saya menulis ini kerana saya melihat ada banyak persamaan fizikal padanya sepanjang saya menelaah hadis-hadis Nabi SAW, juga sepanjang saya mendiktesi Lembaran Laut Mati (siri 1,2,3 &4) dan Manuskrip Tembaga (Nas Hebrew/Ibrani & Nas Aramiah).
Anda boleh menolak pandangan saya. Terpulanglah kepada anda. Tetapi jika anda rasa ada sesuatu yang ingin anda ketahui lebih lanjut, silakan bersama kami.
BERAPA UMURNYA SEKARANG?
Mari kita tinggalkan sekejap kisah pribadi dia dan langsung kepada tarikh lahirnya. Kalau mengikut perbezaan umurnya dari tarikh hari ini (25-3-2013), maka ia sekarang berusia sekitar 35 Tahun Masehi.
Mari kita tinggalkan sekejap kisah pribadi dia dan langsung kepada tarikh lahirnya. Kalau mengikut perbezaan umurnya dari tarikh hari ini (25-3-2013), maka ia sekarang berusia sekitar 35 Tahun Masehi.
Kalau demikian, berapa pula umurnya mengikut tahun hijrah?
KIRAAN BIJAK PANDAI ISLAM
Menurut kiraan ahli bijak pandai Islam, setiap 31 tahun umur Masehi, maka ia bersamaan dengan 32 tahun Hijrah. Oleh yang demikian, kalau anda membuat silang darab, 35 tahun Masehi itu akan sama dengan 36.13 tahun Hijrah..
Katakanlah Muhamad ini dimunculkan tuhan pada umurnya 40 tahun (atau boleh ditulis sebagai 39.99), maka kita dapati perbezaan umurnya dari sekarang ialah (39.99 – 36.13) = 3.86 tahun Hijrah.
Bagaimana dengan jarak umurnya dalam tahun Masehi? Mari kita buat silang darab. Jika 31 tahun Masehi = 32 tahun Hijrah, maka 3.86 tahun Hijrah akan menjadi (3.86 X 31)/32 = 3.73 tahun Masehi.
Bermakna dia akan muncul sehingga 3.73 tahun mulai sekarang. Apakah maksud sekarang itu? Iaitu kalau benar Muhamad itu bakal menjadi Imam Mahdi, maka dia akan keluar 3.73 tahun mulai dari tarikh 25-3-2013.
3.73 tahun bermaksud 1361 hari=113 bulan.
MARI MEMBUAT PENATARAN
Kalau kita boleh buat penataran, itu bermakna 1 tahun berikutnya jatuh kepada 25-3-2014, 2 tahun berikutnya kepada 25-3-2015, 3 tahun berikutnya pada 25-3-2016. 0.73 tahun berikut bermakna penambahan 7 bulan lagi. Bermakna ia akan dimunculkan paling maksima sekitar bulan 10 pada tahun 2016
Mari kita semak hadis Nabi berkenaan umur pada saat kemunculannya.
Bersabda Rasulullah SAW : “ Al-Mahdi adalah daripada anakku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagai bintang yang gemerlapan, pipi kanannya bertahi lalat hitam, seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun, dan akan menundukkan Bandar-bandar kemaksiatan” (Hadis 45, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 53)
Dalam satu hadis lain disebut, baginda bersabda, “kedua paha Mahdi melebar dan saling berjauhan” (Hadis 59, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 67)
Kemudian, ada juga hadis tentang kegagapannya, baginda brsabda, “Jika Al-Mahdi merasa sukar berbicara, maka dia menepuk pahanya yang kiri dengan tangan kanannya” (Hadis 54, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 62)
Kemudian mari kita lihat pula atsar para sahabat yang mengupas tentang umurnya.
“Al-Mahdi diutus manakala beliau berumur antara 30 – 40 tahun. Kulit Al-Mahdi berwarna coklat (sawo matang). Pipi Al-Mahdi ada tahi lalatnya” (Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 79 & 80)
Jika kita memahami maksud hadis Nabi di atas dan kata para sahabat yang menukil selepasnya,, jelas bahawa umur Al-Mahdi berada di antara 30 -40 tahun saat dia muncul di Mekah. Boleh jadi 36, 37, 38, 39 atau 40. Wallahu ahlam.
KALAM ABU HURAIRAH
Kemudian mari kita lihat kata-kata (kalam) Abu Hurairah, sahabat Nabi yang mulia. Rujukannya ada pada post saya yang terdahulu, KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA. Kata beliau, Al-Mahdi akan keluar sekitar tahun 1420H atau 1430H.
Saya pun telah membuat perincian tentang julat kemunculannya. Dengan mengambil purata antara 1420 dan 1430, maka saya mendapati puratanya=1425.
Dengan itu, saya menganggap bahawa julatnya berkurang atau bertambah sebanyak 5 tahun sahaja. Maksud saya, Al-Mahdi akan keluar di antara tempoh 1415H dan 1435H sahaja.
Kita sekarang sudah berada pada tahun 1434H, bermakna Cuma ada baki 1 tahun sahaja lagi untuk sampai kepada tahun 1435H. Maksudnya, penantian kita akan sampai kepada kemunculan Al-Mahdi kepada saat musim haji 1435H.
MUSIM HAJI
Maksudnya, penantian kita hanya berkisar dalam tempoh (lebih kurang) 2 tahun daripada sekarang sahaja. Musim-musim haji yang saya maksudkan itu ialah pada tahun 1434H dan 1435H.
Kalau Muhammad itu muncul pada musim Haji tahun ini (1434H), umurnya sekitar 36.13 tahun Hijrah. Kalau tahun depan (1435H), maka umurnya akan menjadi 37.16 tahun Hijrah.
Saya tak menjangka dia keluar pada musim haji 1436H dan seterusnya. Ada 2 sebab. [1] Agak janggal kalau dipadankan dengan kata-kata Abu Hurairah bahawa Al-Mahdi akan keluar sekitar 1420H atau 1430H. [2] Konflik Syria sudah berlangsung agak lama (sekitar 2 tahun) dan lebih janggal untuk mengatakan ia bakal berterusan selama 2 tahun lagi.
BEBERAPA SIFAT FIZIKAL LAIN
Seperti yang saya sebutkan dari hadis di atas, memang benar Muhamad yang saya temui ini mempunyai kecacatan paha & kegagapan bersuara. Ada lagi beberapa persamaan lain. Tetapi saya akan menulisnya kemudian.
Cerita itu sangat panjang. Dan ini adalah beberapa rahsia Allah yang saya temui pada waktu tua saya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan kebenaranNya kepada saya dan kita semua. Yang benar itu hanya Allah.
MACHANG, 20-5-2013
http://banggolpetaicom.blogspot.co.id/2013/05/adakah-muhamad-ini-bakal-imam-mahdi-1.html
0 Response to "ADAKAH MUHAMAD INI BAKAL IMAM MAHDI? (1)"
Post a Comment