#GOSIP PANAS ~ Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru Datuk Seri Vida?


BELUM sampai setahun kembali solo sejak 7 April lalu, Datuk Seri Vida (DSV) kini dilanda kontroversi apabila dikaitkan ada hubungan rapat dengan seorang pemuda berusia 20-an.

 Keakraban antara mereka berdua yang tengah tular menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

 Apa lagi melucukan, terdapat segelintir pihak yang mengatakan lelaki kacak berkenaan adalah ‘scandal’ dan ‘anak ikan’ baharu bagi DSV.

 Hamboi hamboi hamboi… Bukan main lagi yer…

 Sedih akan perkara itu, pemuda dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi penjelasan sekali gus membuat penafian terhadap dakwaan kononnya dia sebagai ‘anak ikan’ baru DSV.


“Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari saya hanya dapat tidur selepas waktu subuh. 

 “Saya tidak pelik sekiranya timbul kata-kata seperti saya ini bakal suami DSV kerana kami memang selesa bersama. 

 “Dia senang terima teguran mengenai pelbagai perkara termasuk fesyen dan penampilannya,” kata Ahmad Iqbal dipetik Harian Metro.


Difahamkan, pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mula bekerja dengan DSV sebagai pegawai media dan pembantu peribadi sejak Jun lalu.

 Tambah lulusan Diploma Penulisan Kreatif daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini lagi, dia mengaku begitu serasi dengan wanita itu.

 Malahan Ahmad Iqbal yang kini berusia 23 tahun itu tidak menolak sekiranya hubungan antara mereka berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin.


“Saya akui, kami serasi bersama dan jika dia jodoh saya, saya terima kerana itu ketentuan Allah SWT. 

Sekiranya tidak, saya akan terus bekerja sebagai Pegawai Media dan Pembantu Peribadinya.” 

 “Seandainya saya ada hati dan perasaan dengannya, biarlah, kerana pada saya itu tidak boleh dipaksa atau dinafikan.

 “Apa yang penting saya tahu dengan amanah yang diberikan buat masa ini termasuk membantu dalam perniagaannya. 

 “Kalau hati betul-betul suka kami akan bincang untuk kahwin, bukan jadi anak ikan kerana berkahwin itu halal, tetapi saya tetap kena berfikir panjang mengenai tohmahan yang akan diberikan,” ujarnya.

 Dalam pada itu, pemuda ini turut menyangkal dakwaan mengatakan dirinya menumpang populariti dan cuba mengambil kesempatan terhadap kekayaan wanita berkenaan kerana statusnya yang masih bujang.


“Saya hanya menjalankan amanah yang diberikan kepada saya dan terkejut juga tiba-tiba diri saya tular di media sosial sedangkan saya jarang memuat naik aktiviti saya bersama DSV. 

 “Saya mahukan hubungan ini kekal lama dan bukan kebahagian yang bergantung kepada duit. 

 “Susah dia, orang tak nampak kerana hari-hari dia berusaha untuk naikkan jualan tetapi orang tak faham dan hanya mencaci. Jadi tak seronok bekerja,” katanya.

 Hmmm… Jarak usia bukan penghalang untuk menjalinkan hubungan cinta.

Kalau dah jodoh tak kemana kan? – MYNEWSHUB.CC/AM



from CARIAN PANAS http://ift.tt/2kSqAyE

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

0 Response to "#GOSIP PANAS ~ Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru Datuk Seri Vida?"

Post a Comment