KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang meneliti maklumat sedia ada mengenai Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang pelanggaran undang-undang sekuriti.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, SC berkata ini berikutan pihaknya menerima pertanyaan mengenai penerbitan kertas putih bagi penawaran
Lavida Coin kepada orang ramai.
“Kertas putih tersebut mendakwa bahawa Lavida Coin ditawarkan sebagai satu inisiatif pembiayaan swasta untuk pengumpulan modal/dana bagi pembangunan tiga projek.
“Kertas putih tersebut juga mendakwa bahawa hanya melalui pembiayaan ramai sahaja yang dapat memenuhi keperluan pembiayaan itu,” kata SC.
Sehubungan itu,SC menasihati orang ramai untuk mengambil langkah sewajarnya dan berwaspada terhadap risiko terlibat dalam mana-mana skim pelaburan, terutama skim membabitkan mata wang kripto dan token digital. - BERNAMA
from CARIAN PANAS https://ift.tt/2LztrF0
Related Posts :
#PANAS ~ Fatin Afeefa Didakwa Masih Lagi Dengan Suami Orang?
Nampaknya pelakon Fatin Afeefa sekali lagi didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang yang juga merupakan lelaki sama pernah d… ...
#TAHNIAH ~Tiada Rahsia Mamat Pilih Tarikh Resepsi Sesuai Untuk Rakan HadirSelamat bergelar suami kepada anggota polis yang bertugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Nordiana Ibrahim, 34, dengan sekali lafa… ...
#AKUAN ~ Sheeda Rupanya Sudah 8 Bulan Bercerai..
Penyanyi dangdut Sheeda, 56, mendedahkan sejak lapan bulan lalu, dia sudah bercerai dengan bekas suami, Sukri Hashim, 39. Sheeda dihubungi … ...
#ALFATIHAH ~ Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia
Berita sedih menimpa penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL selepas suaminya Ashraf Sinclair meninggal dunia pagi tadi.
Peme… ...
#CABARAN ~ Mark Adam Pernah Dihasut Keluar Islam."Agama Apakah Ini?Kenapa Masuk?
"Apabila sudah masuk Islam pernah juga saya dihasut keluar Islam, antaranya kawan-kawan saya di kampung. Mereka keliru, agama apakah ini, k… ...
0 Response to "#SIASATAN ~ Suruhanjaya Sekuriti sedang teliti Lavida Coin"
Post a Comment