#ALFATIHAH ~ Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia


  Berita sedih menimpa penyanyi Bunga Citra Lestari atau BCL selepas suaminya Ashraf Sinclair meninggal dunia pagi tadi.

 Pemergian Ashraf yang merupakan aktor kelahiran Malaysia disahkan oleh pengurus BCL, Doddy.

 “Iya (benar meninggal),” kata Doddy kepada portal Kompas.com menerusi WhatsApp. 

 Menurut Doddy, Ashraf mengalami serangan jantung sebelum rebah.

 “Serangan jantung,” ucapnya lagi. 

 Namun, hingga kini, belum dapat diketahui secara pasti waktu kematian Ashraf itu. BCL, 36, dan Ashraf, 40, berkahwin pada November 2008 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun. – MalaysiaGazette


from CARIAN PANAS https://ift.tt/2HAh77W

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

Related Posts :

0 Response to "#ALFATIHAH ~ Pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia"

Post a Comment