Mya Matahari
PENYANYI dan pelakon, Mya Matahari dilaporkan meninggal dunia akibat kanser,semalam.
Difahamkan Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 44, menderita penyakit tersebut sejak setahun lalu, namun merahsiakan daripada pengetahuan ramai.
Sebelum ini penyanyi lagu
Matahari itu pernah mendapatkan rawatan di China dalam usaha untuk mengubati penyakitnya itu.
Berita pemergian Mya dikongsikan beberapa rakan artis termasuk Haiza dan Ieda Moin.
Mya menceburi bidang seni pada pada tahun 1995 menerusi album pertamanya,
Matahari.
Lagu berjudul
Matahari telah melonjak nama Maya yang kemudiannya terus dikenali dengan nama Maya Matahari sebelum menukar ejaan namanya kepada Mya.
Selain itu Mya turut aktif dalam bidang lakonan dan pernah membintangi filem
Gemerlapan pada tahun 1997. Diikuti dengan lakonan pentas dan beberapa sitkom televisyen.
Nama Mya kembali menjadi menjadi perhatian selepas menyertai program
Gegar Vaganza musim kelima dan kemudiannya bergelar penyampai radio Best FM.
Maya pernah berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009, sebelum berpisah pada Ogos 2015 tanpa memiliki cahaya mata.
-SH
from CARIAN PANAS https://ift.tt/2UhiSwF
Related Posts :
#COVID19 ~ PU Riz hargai peluang kedua yang diberikan
Pendakwah bebas yang aktif dalam lakonan
TIDAK pernah menjangka sama sekali dirinya akan terkena virus Covid-19 yang dianggap… ...
#SAH ~ Laudya Cynthia Bella, Engku Emran bercerai
PELAKON Laudya Cynthia Bella, 32, mengesahkan dia sudah bercerai dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 45, hari ini sekali gus menjawab… ...
#DUITAJAIB ~ PLATFORM MENJANA PENDAPATAN SAH DAN DIAKUI BERHASIL
“BARU!
Satu Perisian Hybrid KONTROVERSI Telah Di Jumpai & Dapat Merungkai LUBANG Duit Ajaib & Mampu Membantu Anda Jana RM3… ...
#PRIHATIN ~ Hidup dalam keadaan daif, To’ki tetap bahagia bersama isteri
BIARPUN hidup dalam keadaan serba daif, namun penyanyi yang cukup dikenali menerusi Biasan dan Seni Berzaman, To’ki, tidak pernah mengelu… ...
#MANIFESTASITI2020 ~ Penantian tiga tahun bernoktah
Album ManifestaSITI2020 umpama satu penzahiran dan mewujudkan apa yang Datuk Seri Siti Nurhaliza mahu laksanakan, keluarkan, jelaskan dan … ...
0 Response to "#ALFATIHAH ~ Mya Matahari meninggal dunia"
Post a Comment