#LAGENDA ~ Rishi Kapoor meninggal dunia
Rishi Kapoor
Menerusi laporan The Times of India, perkara itu disahkan oleh abang mendiang, Ranhir Kapor.
Rishi dimasukkan ke hospital tersebut Rabu lalu ekoran penyakit kanser yang dihidapinya sejak 2018 dan isteri mendiang yang juga pelakon, Neetu Kapoor berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimanapun keadaan kesihatan pelakon terkenal itu mulai merosot.
Nama Rishi mula meniti populariti selepas filem romantik lakonannya iaitu Bobby disiarkan pada 1973 sekali gus merangkul anugerah Pelakon Terbaik dalam Filmfare Award (1974) untuk wataknya dalam filem tersebut.
Filem ikonik itu turut terkenal dengan lagu Hum Tum Ek Kamre Mein hasil nyanyian Lata Mageshkar dan Shailendra Singh.
Rishi yang merupakan anak kepada Raj Kapoor juga popular dengan filem-filem seperti termasuk Bol Radha Bol.
Semalam, industri filem Bollywood turut kehilangan sebutir permata seni dengan pemergian Irfan Khan, aktor yang berjaya ke Hollywood dengan membintangi filem Slumdog Millionaire dan Life of Pi.
-SH Online
from CARIAN PANAS https://ift.tt/3f2VigE
0 Response to "#LAGENDA ~ Rishi Kapoor meninggal dunia"
Post a Comment