#TANDA TANYA ~ Lepas PH menang, mana pergi Usop Wilcha?

Paparan Twitter Usop Wilcha 

 Sebelum PRU14, pelakon Syed Mohamad Asri atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha antara selebriti yang secara terbuka memberi sokongan kepada PH.

 Malah, aktor yang terkenal menerusi filem Zombi Kampung Pisang itu turut terlibat dalam siri jelajah PH dan memberi ceramah kepada pengundi.

 Bagaimanapun, Usop menjelaskan, tugasnya sebagai aktivis rakyat kini sudah selesai dan beliau tidak perlu lagi menunjukkan muka sebagai penyokong PH.

 Kenyataan itu dibuat susulan ramai bertanyakan kelibat beliau yang tidak kelihatan dalam perhimpunan melibatkan parti-parti PH.

 “Buat masa ni saya selesa sebagai rakyat biasa, sebagai individu dan sebagai ayah,” katanya di Twitter hari ini. 

 Menurut Usop, beliau juga tidak menyertai mana-mana parti politik sebaliknya akan membantu mana yang mampu.

 “Tak mampu nak berpolitik setiap ketika. Mana yang saya mampu untuk bantu yang membawa kebaikan kepada majoriti. 
 “Insya-ALLAH akan saya pikul amanah, bukan kerana individu tetapi sebagai ibadah. Baik kepada rakyat, syarikat mahupun negara,” katanya kepada seorang pengguna Twitter.

 Usop ketika berucap dalam satu kempen PH di Johor, April lalu menyarankan rakyat agar menukar kerajaan BN yang disifatkannya sudah terlalu lama memerintah.

 "Kita tukor aje," katanya yang mengubahsuai dialog popularnya dalam filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu ‘kita bakor aje’.

credit


from CARIAN PANAS https://ift.tt/2Oi9gS4

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

0 Response to "#TANDA TANYA ~ Lepas PH menang, mana pergi Usop Wilcha?"

Post a Comment