#GOSIP PANAS ~ Siapa Anis Al-Idrus,Hafiz Hamidun Dah Ada Pasangan Baru?


Bakal muncul dengan single terbaru ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun,pelakon Anis Al-Idrus akui sedia terima apa jua kontroversi yang timbul.Anis memberitahu single keduanya berjudul Tak Guna itu mengisahkan mengenai luahan hati seorang kepada kekasihnya dalam percintaan.

 “Lirik itu ditulis sepenuhnya oleh Hafiz, saya tahu ia akan timbul pelbagai persoalan mengenai kisahnya.

 “Apa yang saya tahu, ia merupakan luahan hati seseorang kepada kekasihnya yang menghadapi konflik dalam percintaan. 

 “Kisah selanjutnya, saya harap peminat boleh tunggu bila ia dilancarkan pada penghujung tahun ini. 

 “Saya sudah bersedia apa sahaja kontroversi yang mungkin akan terpalit kepada saya.


“Lagu itu sudah dirakamkan dan saya harap boleh diterima ramai,” katanya kepada Astro Gempak.

 “Kalau tanya sekarang apa yang saya fokus, saya sedang fokus dalam semua bidang iaitu lakonan, pengacaraan, nyanyian dan perniagaan. 

 “Saya seorang yang kuat bekerja dan saya tidak boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa. 

 “Menyanyi ini salah satunya, selepas ini mungkin ada lagi lagu terbaharu daripada saya dalam bidang ini,” katanya lagi.

 Anis kini sedang di set penggambaran pertama yang menampilkan sebagai pengacara menemuramah mereka yang telah memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang tertentu.

 Sumber : Astro Gempak


from CARIAN PANAS http://ift.tt/2iGiTr9

BERLANGGANAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK LAINNYA

0 Response to "#GOSIP PANAS ~ Siapa Anis Al-Idrus,Hafiz Hamidun Dah Ada Pasangan Baru?"

Post a Comment